Mengalami masalah kencing malam sering menjadi iagauan bagi sesetengah kanak-kanak kecil dan termasuklah juga orang dewasa. Namun adakah kencing malam ini merupakan satu penyakit? Di bawah ini terdapat satu persoalan yang mana seorang ibu mendapati anaknya yang berumur 6 tahun sering mengalami kencing malam biarpun pelbagai ikhtiar sudah dilakukan. Jom lihat ulasan bagi persoalan ini.
Soalan:
Anak saya telah berumur 6 tahun, tetapi masih selalu kencing tilam pada waktu malam. Walaupun sebelum masuk tidur saya sudah bawa dia ke bilik air untuk kencing akan tetapi selalunya lepas dua jam saja tidur saya akan mendapati tilamnya dah basah. Kadang-kadang ada juga sampai dua tiga kali pada satu malam.
Apakah ini satu penyakit dan jika ya apakah ubat dan cara untuk cuba mengubatinya?
Jawapan:
Bebudak kecil yang kencing di waktu tidur malam itu (kekadang ada juga terjadi sekali dua kepada orang dewasa) bukanlah satu penyakit.
Kaedah yang terbaik ialah dengan melatihnya bagi menghentikan kebiasaan tersebut. Antara caranya ialah dengan mengehadkan pengambilan airnya pada waktu petang, memastikannya membuang air kecil sebelum tidur (sepertimana yang anda lakukan) dan membangunkannya untuk buang air sekali lagi pada jangka waktu yang pertama kebiasaannya anda mendapati tilamnya basah akibat kencing.
Petua yang pertama ialah cuba cari sarang semut. Sarang tu biasanya dibuat dari pasir atau tanah. Tak tahulah kan kalau ada sarang semut yang diperbuat dari bahan-bahan lain. Ambil sedikit tanah dari sarang tu dan campurkan dengan sedikit air.
Setelah itu palitkan sikit campuran tanah bercampur air tu kat perut dan belakang bahagian anak yang sering kencing malam. Sambil palit tu elok juga dibaca selawat Nabi tiga kali sambil menarik nafas. Mudah-mudahan berkesan.
Petua yang kedua untuk elak anak kencing malam ialah dengan menyediakan ramuan madu lebah. Perahkan sikit air limau nipis di atas sadu sutu kecil madu lebah dan suruh anak kecil tu minum. Amalan ni perlu dilakukan pada setiap hari sebelah pagi dan sebelum tidur. Mudah-mudahan budak kecil tu nanti akan berhenti kencing malam atau sekurang-kurangnya kencing dia pada sebelah malam semakin lama semakin kurang sehingga dia pandai nak control.
Melayukini.net - Setiap apa yang kita lakukan hendaklah yakin dan bertawakal kepada Allah SWT. Selagi mana petua ini tidak melanggar dan bertentangan dengan syariat Islam, maka ia diharuskan. Akan tetapi kita pelru yakin bahawa ALlah SWT sahajalah yang mampu menyembuhkan apa sahaja sahaja penyakit di atas muka bumi ini.
Sumber: Petua Tradisional | Koleksi Kesihatan & Riadah Melayukini.net
No comments:
Post a Comment