Pages

Friday 26 October 2012

Kekejaman Guru Mendera Kanak-Kanak Tadika Di China


Gambar diatas telah tersebar di China yang menunjukkan seorang guru tadika menarik telinga seorang kanak-kanak yang sedang menjerit sehingga terangkat. Guru berusia 20 tahun yang bernama Yan Yanhong mendakwa dia dan muridnya hanyalah bergurau setelah gambar ini tersebar. 
Namun setelah disiasat, terdapat lebih 702 keping gambar lain yang menunjukkan Yanhong sedang mendera muridnya. Terdapat gambar kanak-kanak dengan baldi diatas kepala, mulut dilekatkkan dengan pita pelekat dan ada juga murid yang kepalanya dimasukkan ke dalam tong sampah.

Bukan itu sahaja, terdapat juga gambar yang menunjukkan botol-botol arak kosong yang ditemui di rak buku Yanhong di dalam kelas. 
Pada mulanya, Yanhong mempertahankan perbuatannya dan mengatakan bahawa beliau menganggap muridnya sebagai kawan baik dan hanya bergurau.  

Belaiu berkata, ‘Saya hanya mahu mengambil gambar. Selepas ambil gambar, saya terus meletakkan budak itu kebawah'. 

Biro pendidikan tempatan telah mngeluarkan kenyataan yang Yanhong telah dipecat dan sekolah tersebut juga telah didenda.
p/s : Haramjadah punye cikgu.. 

Sumber : Here

Juruterbang Wanita Tentera Pertama Di Afghanistan




Seorang wanita Afghanistan telah berjaya untuk membuktikan kebolehannya dalam menjadi seorang juruterbang solo untuk pertama kalinya dalam rangka projek bersama antara NATO  dan Kementerian Pertahanan Afghanistan yang telah ditawarkan kepada perintis latihan program di Pangkalan Udara Shinhad, Afghanistan, lapor Air Force Times.

Lt Nilofor Rhmani yang kini merupakan seorang juruterbang wanita tentera pertama dalam pasukan udara tentera Afghanistan untuk terbang secara solo di bawah program latihan juruterbang tentera udara yang pertama diadakan di negara ini dalam tempoh 30 tahun.

Pengarah US Air Force di Afghanistan, Mejar Jeremy Ponn dipetik mengatakan bahawa Lt Rhmani telah "lulus latihan penerbangan pengenalan pada 19 Julai dan memulakan latihan juruterbang rasmi program prasiswazah pada 28 Julai".

Laporan itu menyifatkan pencapaian baru-baru ini sebagai "cuba dari segala kemungkinan" terhadap Taliban yang mengamalkan hukuman kejam dan layanan buruk terhadap kaum wanita.

Mejar Ponn berkata bahawa Lt Rhmani telah dilihat oleh orang awam di Afghanistan sebagai "model bagi wanita Afghanistan".

Lt Rhmani telah dilatih di bawah pengawasan mentor AS dan NATO sepanjang bulan-bulan yang lepas.

Beliau juga merupakan salah satu daripada lima juruterbang di dalam kelas mereka yang telah menerima anugerah bagi pencapaian beliau. Mejar Ponn berkata mereka masih lagi dalam proses untuk menjalani program latihan tambahan sebelum memperoleh pingat sayap mereka. Kelas latihan juga akan diadakan untuk para siswazah pada musim akan datang.
Sumber : Here 

Tempat Parking Khas Untuk Wanita Di China




Di wilayah Tianjin, sebuah pusat membeli-belah telah menyediakan tapak parkir ‘special’ berwarna ‘pink’ hanya untuk wanita. Tapak parkir itu disediakan khas betul-betul di hadapan pintu masuk pusat membeli-belah itu. Semuanya adalah untuk memudahkan mereka untuk membeli-belah di sana.
Sumber : Here

Baldwin Street, Jalan Paling Curam di Dunia


Baldwin Street, terletak di bahagian pinggir bandar Dunedin di selatan New Zealand, merupakan pemegang rekod dunia Guinness sebagai jalan paling curam di dunia.  Ia terletak di pinggir North East Valley, 3.5 kilometer di timur laut pusat bandar Dunedin. Pada tahap maksimum,kecerunan Baldwin Street adalah kira-kira 1:2.86 (19 ° atau 35%) - iaitu, untuk setiap 2.86 meter perjalanan secara mendatar, ketinggian akan meningkat sebanyak 1 meter.   
source: http://www.funonthenet.in

Thursday 25 October 2012

Lapangan Terbang Paling Extreme Di Dunia

Lagi extreme, lapangan terbang ini menerima dari sekecil kecil pesawat hingga sebesar besar pesawat termasuk the biggest commercial airplane (Airbus 380 A).

Jom tengok:
-mohamadfbi.blogspot

Evolusi Kualiti Gambar iPhone yang Lama Hingga iPhone 4s


iPhone merupakan telefon pintar yang serba canggih, smart dan interaktif. Dikeluarkan oleh syarikat terkenal iaitu Apple dan membuatkan dunia menjadi separuh gila apabila beratur panjang di depan pusat jualan Apple semata mata mahu menjadi orang terawal mempunyai gadget yang superb attractive di dunia. Sudah ada lima generasi iPhone yang dikeluarkan [original, 3G, 3Gs, 4, 4s] dan semua mempunyai evolusi rekaan dan penambah-baikan yang tersendiri. 
Di bawah ialah gambar evolusi kualiti imej dari kamera iPhone (original hingga 4s). Gila cool~


Original iPhone
1
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
iPhone 3G
2
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
iPhone 3GS
3
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
iPhone 4
4
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
iPhone 4S
5
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
Original iPhone
6
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
iPhone 3G
7
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
iPhone 3GS
8
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
iPhone 4
9
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
iPhone 4S
10
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
11
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
#12
The Amazing Evolution of the iPhone Camera
-gempak.org