Sebut saja Mitsubishi, pasti ramai yang akan ingat dengan kereta-kereta keluarannya; antaranya Lancer, Triton, i-Miev dan pelbagai lagi. Tetapi tahukah anda, Mitsubishi ketika di awal penubuhannya merupakan sebuah syarikat perkapalan, dan antara perniagaan terasnya adalah tenaga/energy? Buktinya adalah dengan kewujudan sebuah pulau yang digelar sebagai 'Pulau Mitsubishi'.
Info Ringkas:
- Pulau ini adalah salah satu dari 505 pulau tidak berpenghuni di Nagasaki, Daerah Pentadbiran Jepun, sekitar 15 kilometer dari Nagasaki. Pulau ini juga dikenali dengan nama “Gunkan Jima” atau pulau kapal perang.
- Pada tahun 1890 syarikat Mitsubishi membeli pulau tersebut dan memulai projek untuk mendapatkan arang batu dari dasar laut di sekitar pulau tersebut.
- Pada tahun 1916 mereka membangunkan pelabuhan besar yang pertama di pulau itu, sebuah blok apartemen dibangunkan untuk para pekerja dan juga berfungsi untuk melindungi mereka dari angin taufan.
- Pada tahun 1959, populasi penduduk pulau tersebut meningkat mendadak. Kepadatan penduduk waktu itu mencapai 835 orang per hektar untuk keseluruhan pulau (1391 per hektar untuk daerah pusat pemukiman), sebuah populasi penduduk terpadat yang pernah terjadi di seluruh dunia.
- Ketika minyak tanah menggantikan arangbatu pada tahun 1960, kebanyakan lombong arang batu mulai ditutup, tidak terkecuali di Gunkan Jima.
- Pada tahun 1974 Mitsubishi secara rasmi mengumumkan penutupan lombong tersebut, dan akhirnya mengosongkan pulau tersebut.
- Pada tahun 2003 pulau ini diambil sebagai setting film “Battle Royal II” dan mengilhami sebuah game popular “Killer7”.
sumber: wikipedia
No comments:
Post a Comment