>>Masalah bengkak, lingkaran hitam bawah mata jejas penampilan dan emosi individu
Kawasan sensitif, berbeza
Keadaan ini berlaku kerana daging dan lapisan kulit sekitar mata sangat berbeza berbanding kawasan lain muka seperti pipi, dahi dan dagu. Kulit pada kontur mata sangat halus dan jernih menyebabkan pigmen di bawah kulit mudah dilihat.
Impak gen, darah
Dr Abdul Jamil berkata, masalah ini sukar dikawal kerana ia juga disebabkan oleh keturunan dan boleh bermula seawal usia kanak-kanak lagi. "Ibu bapa mungkin menurunkan gen yang mana badan kita tiada peredaran darah dengan betul. Masalah itu menyebabkan kolam darah dan mengoksidakan bawah mata menyebabkan mata nampak sembap dan lingkaran gelap yang jelas kelihatan.
Kesan mekap
Keadaan diburukkan lagi pada zaman kecanggihan teknologi yang menyaksikan ramai 'melekat' dengan rutin sebagai pengguna tegar komputer selain kehidupan bersosial. "Amalan ini menyebabkan ramai tidak cukup tidur dan secara tidak sedar posisi tidur yang salah juga menyebabkan kedua-duanya berlaku. Kekurangan tidur dan menangis pada waktu malam menyebabkan bengkak air bawah mata menjadi teruk pada keesokan hari.
"Kebanyakan wanita mahu sentiasa tampil menarik pada wajah sering memakai mekap baik siang atau malam. Kerana terlalu penat, solekan terutama pada bahagian mata dihias dengan pembayang mata, penggaring mata dan maskara pula tidak dicuci dengan bersih sebelum tidur."
info - Punca & Gejala lain
- Keletihan
- Melakukan latihan senaman berlebihan
- Pengumpulan bendalir
- Toksik berlebihan
- Merokok
- Alahan
- Proses pengambilan diet yang tidak sihat (makan terlalu banyak garam)
- Alergi atau jangkitan sinus (bengkak bawah mata)
- Pengambilan alkohol
Lelaki juga berdepan masalah cela mata.
No comments:
Post a Comment