Pages

Monday, 27 August 2012

Aktor Pelapis Pelakon Lelaki di Malaysia


Kilauan bakat wajah-wajah baru ini semakin dirasai kehadiran mereka. Apatah lagi semua yang tersenarai merupakan pesona baru yang bakal menggantikan hero-hero drama mahupun filem yang ada sekarang ini. Walaupun masih awal penglibatan mereka di dalam dunia lakonan, tetapi aura yang dipersembahkan sudah mula dirasai oleh peminat dunia seni dan semakin rancak mewarnai dunia lakonan masa kini.. Jadi jom kita selongkar antara bakal pelapis bakat lakonan lelaki di Malaysia..!!

Nama Amran ismail semakin meniti di bibir peminat. meskipun tidak diberikan memegang watak utama, Amran Ismail yang pernah digosipkan dengan percintaan songsang dengan Anding ini mempunyai bakat dan kualiti yang tersendiri. Antara Drama/Telemovie yang pernah dibintangi Amran adalah Geng suraU astro, Agen 016 ,bella slot akasia,Two Pieces of You, bebayang Fitri,Bila Musang Berjanggut, Siti Kelembai slot Lagenda,Ponti Anak Remaja The Series, KemPink, Jamilah I Love You, Nana Narita, Ana Lulu dll.

Berlakon mungkin perkara terakhir yang mahu dilakukan namun jika itu pilihan untuk membuka pintu rezeki yang lebih meluas, tidak salah untuk diri mencubanya. Itulah yang dirasakan pelakon berwajah kacukan Melayu-Inggeris, Zain Saidin, yang kini semakin mendapat perhatian ramai pengarah drama Melayu. Dilahirkan pada 23 February 1984 di Kuala Lumpur, jejaka berbadan tegap ini kelihatan mesra dan terbuka kala ditemubual.

Tidak mahu menumpang populariti kakaknya, Sasha Saidin yang pernah popular sebagai anggota kumpulan Elite, Zain seboleh-bolehnya mahu dikenali kerana bakat dan kebolehannya. Katanya, sebelum ini dia tidak mahu muncul dalam limelight sebaliknya memilih untuk menjadi low profile demi memberikan sokongan penuh terhadap kakaknya yang mencintai dunia seni.

“Sebelum saya bergiat penuh dalam lakonan, saya bekerja sebagai personal trainer di gim. Saya akui, minat saya terhadap bidang sukan sukar untuk disangkal. Dulu ketika zaman sekolah, saya begitu meminati sukan renang, bola keranjang dan bola sepak. Pernah juga bercita-cita untuk menjadi pemain bola sepak kebangsaan tetapi tidak berjaya disebabkan lutut pernah tercedera akibat bermain skateboard, haha!”.

Pelakon yang sedang meningkat naik Nazim Othman, 27, mengakui pernah merempat sebelum bergelar pelakon, tiga tahun lalu. Jelasnya, ketika menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur secara bersendirian pelbagai dugaan yang dilalui termasuk tidur dikaki lima. “Saya mencabar diri sendiri untuk menunjukkan kepada semua orang bahawa saya boleh berjaya mencapai impian saya di Kuala Lumpur. “Tetapi apa yang saya sudah capai hari ini bukan senang untuk dilalui kerana orang lain termasuk ibu bapa saya tidak tahu saya pernah tidur di tempat letak kereta di bangunan Bank Simpanan Nasional gara-gara takut pulang ke rumah yang disewa di kawasan Bukit Bintang. Cerita Nazim mengenai kesusahannya menapak di dalam dunia seninya hari ini.

“Dulu badan saya kurus sebab saya makan makanan yang tak cukup zat. Sekarang, saya lebih menjaga pemakanan seperti mengambil minuman kesihatan tambahan untuk menambah protein disebabkan sibuk bekerja dan terpaksa mencuri masa untuk makan.“Saya juga banyak minum air putih dan mengamalkan vitamin B kompleks dan multi vitamin untuk menambah tenaga.


Tahun 2011 pastinya menjadi tahun keramat buat pelakon Sharnaaz Ahmad yang masih baru setahun jagung dalam industri seni. Dia yang pada mulanya agak naif tentang ‘sepak terajang’ dalam industri ini bagaikan baru tersentak daripada lamunan.Sudah menjadi lumrah, jiwa muda sepertinya pasti memberontak
apabila ditindas.
Nama penuh : Sharnaaz BasirAhmad
Tarikh lahir : 30 Ogos 1985
Umur : 26 tahun
Asal : Georgetown, Pulau Pinang
Drama : Tari Tirana, Dottie, KumKum, Pontianak Kampung Batudan Ungunya Cinta
Filem : Seru dan Azazil

Bakatnya dicungkil dan mula membuka mata peminat bilamana lakonannya di dalam siri drama Juvana dipertontonkan. Walaupun masih mencari tapak di dalam industri lakonan ini, namun Talha dilihat sudah mula dikenali ramai. 

Nama Zul Ariffin seiring dengan kisah peribadinya yang sering dikaitkan dengan Abby Abadi bilamana mereka sering dilihat bersama semenjak Abby Abadi berpisah dengan bekas suaminya, Norman Hakim. Namun begitu, namanya kian menyinar apabila membintangi drama Nora Elena lakonannya di samping Aaron Aziz dan Siti Saleha. Selain nora Elena, Zul turut membintnagi drama Hilang di TV9 berganding dengan pelakon jelita Ayu Raudah dan Rozita Che Wan.


Nama Penuhnya Hadrie Syafrien baru berusia 23 tahun. Antara lakonan yang pernah Dibintangi Adey adalah filem "Keramat", "3 2 1 Cinta" arahan pierre Andre dan Flat 3A. manakala Drama pula yang pernah dilakonkan  
1. Jangan pandang belakang
2. Cinta adnan sempit
3. Jalan pinang sebatang
4. 3 serumah(astro)
5. Surga cinta (showing tv3)
6. Siti kelembai(NEW)
7. Ana Lu’lu
8. Kasih Alia berganding dengan Nora Danish & Kamal Adli

Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin merupakan seorang model dan pelakon remaja popular di Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Ash dalam siri TV Tari Tirana pada tahun 2009. Kelibatnya mula mencuri tumpuan dan menjadi kegilaan ramai apabila muncul dalam siri TV Asmara dan terbaru Gemilang dan Tahajjud Cinta di TV3.

Nama penuhnya Johan Ariff Asari berusia 25 tahun dan berasal dari Pulau Mutiara Pulau Pinang. Mula dikenali selepas membintangi Siri Juvana yang memegang watak Botak otak ialah seorang remaja berusia 17 tahun, anak luar nikah yang menjadi mangsa dera bapa yang kaki botol. Akhirnya Botak jadi suka memberontak dan membuli. Lakonannya meninggalkan kesan apabila diluar pun orang lebih mengenalinya dengan panggilan botak berbanding nama penanya.  Antara drama lain yang dibintangi Johan ialah Drama Cinta Elysa bergandingan dengan Fasha Sandha.

Suhairil bin Sunari atau nama komersialnya Aeril Zafrel merupakan seorang model dan pelakon remaja popular di Malaysia. Aeril yang berasal dari Batu Pahat, Johor bermula dengan bidang lakonan seawal umurnya 18 tahun. Drama pertama beliau ialah Kisah Kaisara musim pertama di mana Aeril memegang watak seorang budak sekolah bernama Affendi. Lakonan Aeril disifatkan masih hijau dalam drama tersebut dan banyak yang perlu diperbaiki. “Dalam drama tersebut, Aeril nampak sendiri kelemahan Aeril dan rasa diri tidak boleh berlakon dan dari situlah Aeril belajar dari kesilapan. Nak jadi pelakon bukannya semudah yang disangka dan ia mempunyai step by step untuk seseorang pelakon itu untuk memperbaiki mutu lakonannya dan Aeril tidak akan pernah berputus asa.” Jelas anak muda ni. 

Sekarang, bakat lakonan Aeril dilihat semakin meluas dan dilihat telah pun berlakon dalam siri TV Senja Permai di Astro Prima dan terbaru Ramadhan Terakhir pada bulan Ramadhan lepas. Selain drama, Aeril juga aktif dalam menjayakan beberapa filem antaranya ialah Cinta Kura-Kura, 7 Petala Cinta dan terbaru Super Duper Lover.

No comments:

Post a Comment