Pages

Monday, 27 August 2012

Tips Elak Gigi Berkarat / Kuning

OPSS... MUKA KACAK TAPI APABILA SENYUM SEGALANYA MEMUSNAHKAN  PENAMPILANMU YANG DISANGKA BAK PUTERA ITU. SENYUMAN MERUPAKAN  PERKARA PALING MANIS UNTUK DIPANDANG, APATAH LAGI GIGI YANG CANTIK SERING MENJADITUMPUAN. NAMUN MASALAH GIGI BERKARAT BOLEH MENJADI PEMUSNAH BUAT JEJAKA APABILA MAHU MEMIKAT. OLEH ITU AYUH PELAJARI TIP MUDAH BAGI MEMASTIKAN GIGI KAMU SENTIASA PUTIH BERSINAR!

Disebalik Senyuman tersusun baris gigi


1. Oh tidak pada rokok dan makanan ringan 
Elakkan pengambilan makanan ringan, minuman yang mempunyai gula yang tinggi dan jangan sesekali merokok. Gigi akan menjadi kekuningkuningan apabila kamu kerap mengamalkan tabiat sedemikian. 


2. Bawang pun boleh! 
Sebenarnya bawang mampu  menghalang pengumpulan bakteria pada gigi, namun dalam masa yang sama ia juga boleh mengundang nafas berbau. Walau bagaimanapun, ia tidak akan menjadi masalah sekiranya kamu kerap memberusnya setiap hari. 


3. Jangan memberus gigi selepas makan  
Jangan berus gigi kamu selepas makan! Pasti kenyataan ini agak
bertentangan dengan apa yang kamu ketahui  sebelum ini bukan? Kalau benar-benar kamu mahu memberus gigi, biarlah aktiviti itu berlaku 30  minit selepas makan. Ini kerana ia boleh menghilangkan lapisan luar gigi yang amat berharga dan mengakibatkan gigi  kamu tidak mampu untuk bertahan lama.



4. Bersihkan lidah
Pembentukan bakteria pada bawah lidah boleh menjadi punca  mulut kamu sentiasa berbau. Cara mudah untuk mengelakkan masalah ini ialah kamu hanya perlu memberus  lidah dengan pemberus khas bagi 
menanggalkan kesemua bakteria yang terkumpul. 

5. Tidak pada kafein 
Kafein sangat mempengaruhi tahap kebersihan gigi. Kesan kafein ini  sebenarnya boleh membuatkan gigi kelihatan kekuning-kuningan. Hanya dengan rawatan pemutihan gigi setiap dua tahun sekali mampu  membuatkan gigi kamu kembali bersinar.

6. Simpan berus gigi di tempat khusus
Ramai yang menyimpan berus gigi di dalam bilik mandi, tetapi tahukah kamu bahawa tabiat ini memudahkan bakteria berkumpul di permukaan berus gigi tersebut? Oleh itu, simpankan berus gigi kamu di dalam kabinet  agar ia tidak terdedah dengan masalah ini. 


7. Rawatan pakar
Bagi memastikan gigi kamu terus bersih bersinar, pergilah berjumpa  doktor gigi setiap enam bulan. Walaupun ia sesuatu yang remeh, percayalah suatu hari nanti pasti kamu  berpuas hati dengan hasil yang bakal kamu terima.

No comments:

Post a Comment