Pages

Tuesday, 28 August 2012

Saham Samsung susut RM36.5b


Komputer tablet Samsung Galaxy Tab (kiri) mempunyai ciri persamaan dengan iPad Apple. - Foto REUTERSSeoul: Harga saham Samsung Electronics susut lebih tujuh peratus semalam sekali gus menyaksikan penurunan nilai pasarannya sehingga AS$12 bilion (RM36.5 bilion).

Ia susulan kejayaan tuntutan undang-undang oleh pesaingnya, Apple Inc mengenai isu paten di Amerika Syarikat (AS), justeru mencetus kebimbangan berhubung keupayaan bahagian perniagaan telefon pintar yang menjadi penyumbang terbesar pendapatan syarikat Korea itu.
Juri AS yang mendapati Samsung meniru beberapa ciri penting dalam iPhone dan iPad, mengarahkan syarikat itu membayar pampasan kepada Apple sebanyak AS$1.05 bilion (RM3.26 bilion).


Pelarasan harga dalam beberapa hari akan datang adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pasaran serta masih terdapat ketidakpastian seterusnya seperti kemungkinan larangan jualan”. - John Park, Penganalisis Daishin SecuritiesSaham susut 7.5 peratus

Saham Samsung, syarikat teknologi terbesar di dunia dari segi pendapatan, susut 7.5 peratus, penurunan peratusan harian terbesar dalam tempoh hampir empat tahun, kepada 1.183 juta won (AS$1,000).

Jumlah dagangan awal semalam adalah tinggi iaitu lebih daripada dua kali ganda daripada purata harian minggu lalu.

“Pelarasan harga dalam beberapa hari akan datang adalah tidak dapat dielakkan. Ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan pasaran serta masih terdapat ketidakpastian seterusnya iaitu seperti kemungkinan larangan jualan,” kata John Park, Penganalisis Daishin Securities.
Penganalisis menganggarkan pendapatan Samsung akan berkurangan empat peratus tahun ini berikutan peningkatan dalam peruntukan berkaitan dengan paten.

Juri Mahkamah Persekutuan San Jose, California, pada Jumaat lalu mendapati Samsung melanggar enam daripada tujuh paten Apple.

Beri kesan pengharaman jualan produk utama

Keputusan yang diputuskan menerusi perbincangan juri selama kurang daripada tiga hari itu juga boleh membawa kepada pengharaman langsung jualan produk utama Samsung dan mungkin akan mengukuhkan lagi dominasi Apple dalam pasaran pengkomputeran mudah alih.

Apple juga merancang untuk memfailkan injunksi jualan terhadap Samsung, kata peguam dan hakim dalam kes itu menetapkan tarikh pendengaran pada 20 September ini.

Eksekutif tertinggi di Samsung, diketuai oleh Naib Pengerusi, Choi Gee-sung dan Ketua Bahagian Mudah Alihnya, JK Shin, mengadakan mesyuarat tergempar kelmarin.

Kebimbangan terbesar buat Samsung adalah sama ada produk terbaru Galaxy S III, yang tidak termasuk dalam kes itu, akan turut disasarkan oleh Apple dan dimasukkan dalam senarai produk yang diharamkan di pasaran AS.

No comments:

Post a Comment