Pages

Friday, 31 August 2012

Berbuat baik itu satu penyakit berjangkit



Seriously, klip di atas adalah antara klip yang berbaloi untuk korang tonton dan share. Aku dah share kat FB dan aku share dengan korang pulak..


Aku tak ingat sangat tapi pensyarah aku pernah bagitau, terdapat 1 kajian di luar negara tentang manusia. Hipotesisnya ialah, apabila seseorang itu gembira, dia akan buat baik dengan orang lain. Macam mana kajian tu dibuat?


Mudah je, berdasarkan pemerhatian, mereka (tak tau la sape mereka ni) mendapati, walaupun seseorang tu telah menggunakan telefon awam hingga duit mereka habis, namun orang ramai tetap ada tabiat nak juga check slot duit baki, mana tau tiba-tiba mereka dapat gak duit balik (aku antara orang yang begitu.. teruk kan? Hahah). Oleh itu, mereka (pengkaji ni) letakkan duit syiling dalam telefon awam (masa tu telefon awam sangat berleluasa). Dan mereka ingin melihat kesan terhadap tindakan setiap subjek yang mendapat 'durian runtuh' itu.


Berdasarkan pemerhatian, mereka mendapati, mereka yang mendapat durian runtuh (duit baki) itu, rata-rata akan menolong seorang orang awam yang terjatuh bukunya berbanding dengan orang yang tak dapat durian runtuh (obviously, orang yang terjatuh buku tu, merupakan orang yang diupah atau pengkaji itu sendiri)


Kesimpulan yang mereka buat, apabila seseorang itu rasa gembira atau bersyukur (mungkin agak berat perkataan ni), mereka akan dengan rela hatinya akan membantu orang lain yang dalam kesusahan. Sama juga dengan klip di atas.


Cuma, klip di atas aku rasa sangat sweet sebab ia menunjukkan yang kebaikan adalah sesuatu yang berjangkit seperti chain reaction. Dan kebaikan itu akan berterusan, hinggalah kita ditimpa kesusahan dan takde orang nak tolong.


Ini mengingatkan aku kepada cerita Pay It Forward. Cerita ni aku tengok dengan Sally dah lama dah. Tapi aku tak lupa sebab Sally menangis masa tengok cerita ni. Aku tak la menangis.. macho katakan.. cuma, aku agak terkedu kerana heronya mati. Mana boleh hero mati? Tapi, itu la yang berlaku dalam filem tu.


Cerita Pay It Forward ni juga mengajar kita supaya untuk buat kebaikan. Teori si Hero (budak kecik tu) ialah, jika ada orang buat baik pada anda, tak perlu balas pada dia, sebaliknya, pergi buat baik kepada 3 orang lain pada masa akan datang. Dia percaya, jika semua orang berbuat begitu, dunia akan menjadi tempat yang lebih baik dan teori yang dibawa beliau merentasi negeri di Amerika dan menjadikannya seorang yang terkenal...


Siapa yang belum tengok Pay It Forward, aku galakkan korang tengok cerita tu, Kalau tak dapat (sebab cerita tu dah lama), tengokla klip di atas dan sebarkan..


Kesimpulannya, kalau korang nak jadikan dunia ni tempat yang lebih baik, mulakan dengan berbuat baik pada orang. InsyaAllah, dunia ni akan jadi tempat yang lebih baik. Jangan harap orang je buat baik dengan kita tapi kita sendiri tak nak buat baik pada orang...


No comments:

Post a Comment