Nak baca buku mestilah ada strategi. Jika tidak , tentu kamu sukar untuk memahami isi kandungan buku tersebut . Kamu tentu pernah mengalami situasi di mana bertimbun-timbun buku yang kamu baca , namun satu pun kamu tidak faham . Jadi, jom ikuti tip daripada REMAJA agar kamu mudah memahami apa yang dibaca dan informasinya diingat selalu .

Tanam Semangat
Mulakan membaca dengan penuh bersemangat dan jangan malas. Tanamkan semangat dalam diri untuk memahami apa yang kamu baca. Jangan hanya berangan-angan akhirnya buku ditinggalkan tanpa dibaca. Walaupun buku yang dibaca itu agak bosan, tanamkan tujuan kamu membaca untuk berjaya dalam peperiksaan.

Baca Perlahan-Lahan
Mulakan membaca keseluruhan buku secara perlahan. Jangan terkejar-kejar untuk menghabiskan sebuah buku tanpa pemahaman yang betul. Perlahankan suara ketika membaca dan jangan membaca dengan kuat kerana otak kamu tidak dapat menyerap bunyi yang bising. Selain mengganggu orang lain, ia juga akan melambatkan proses pembacaan kamu.

Gunakan Pen
Mata kita kebiasaannya akan lebih fokus kepada apa yang ditunjukkan. Jika kita membaca buku, mata akan terarah kepada tulisan yang dibaca. Jika kita hilang fokus, tentu bacaan tadi akan melompat-lompat ke sana-sini. Oleh itu, gunakan pen atau penunjuk ketika membaca agar mata sentiasa terarah kepada apa yang dibaca agar kamu mudah memahaminya.

Peta Minda
Tentu kamu cepat bosan apabila membaca buku yang tebal dan panjang isi kandungannya. Lebih merugikan jika apa yang kamu baca langsung tidak diingatkan dan difahami. Bagi mengelak perkara sebegini berlaku, cipta peta minda yang mudah untuk kamu. Gunakan pensel warna agar peta minda kamu nampak cantik dan menarik minat.


Buat LatihanSetelah membaca, cuba kemampuan diri kamu dengan membuat latihan. Kebiasaannya, otak kita akan mudah mengingati selepas kita membaca. Practice makes perfect, jadi sentiasa lakukan ulang kaji dan membuat latihan setelah membaca buku tersebut.

-remaja