Pages

Wednesday, 29 August 2012

Kopi pelik yang enak?


Jenama kopi yang biasa kita minum pasti memberikan perasaan yang mendatar apabila meminumnya setiap hari. Bagi penggemar tegar kopi pasti mereka turut tercari-cari jenis kopi yang jarang sekali boleh di dapati di kedai biasa. Hanya boleh didapati di kawasan pergunungan dan juga di kepulauan kecil sesebuah negara yang mana mereka adalah pengeluar paling banyak untuk jenis kopi yang pelik. 

Walaupun harga yang agak tinggi berbanding kopi biasa, namun ianya bukanlah menjadi satu malasah untuk para penggemar kopi untuk merasai keunikan rasa dan juga bauan kopi yang lain daripada yang lain. 

Ikuti beberapa jenis kopi dari seluruh dunia yang pasti memiliki keunikan sendiri. 

Kopi Luwak 
Kopi yang berasal dari Indonesia ini dirumus khas dari tahi binatang musang yang mana pada mulanya menjadi baja tanaman ladang kopi. Kemudian menjadi bahan utama untuk membuat kopi kerana kuantitinya yang banyak suatu ketika dahulu. Jangan risau, kopi ini telah di dipastikan pembuatan serbuknya terjaga dengan mengambil hanya yang baik sebelum dipanggang untuk dijadikan sebuk kopi. Kopi ini menjadi antara kopi termahal dan pelik di dunia, dan boleh menempah sendiri secara online. 

Kopi Mark
Sangat sesuai jika anda dapat sajikan kopi ini di waktu pagi atau petang sebagai minuman pilihan. Kopi yang dirumus khas dengan rasa masam yang enak, aroma yang menusuk kalbu memberikan anda satu keunikan rasa yang luar biasa. Kopi yang klasik untuk semua. Kopinya hanyalah yang terpilih dari bahan Arab yang dipanggang. 

Kopi Jing Yin
Dahulunya dikenali sebagai kopi ritual. Hanya dibuat khas oleh pembuat kopi terlatih. Dirumus hanya di satu kawasan ladang kopi yang mana di situ jugalah proses kopi berlangsung. Hanya terdapat satu tempat sahaja kopi ini diproses yang pasti keunikan kopi ini memang terjaga. Kini dikenali dengan nama "Kopi Jing Yin" yang boleh dirasai dan didapat di Lokasi: 68-M, Jalan SS21 / 39, Damansara Utama, Petaling Jaya dengan harga RM10 hingga RM30 ringgit secawan. Harga yang tidak perlu dibandingkan dengan merasai sendiri keunikan kopi ini! 

Kopi di pergunungan gunung biru Jamaica
Kopi yang memang terkenal di pergunungan Jamaica. Mereka antara pengeluar terbesar kopi yang membantu menaik taraf ekonomi Negara mereka apabila 80 peratus dari kopi yang dipanggang di sana diimport ke Negara Jepun kerana permintaan yang tinggi dengan keunikan kopi ini. Kopi di pergunungan biru Jamaica hanya boleh di dapati di sana. Untuk melabel kopi asli harus ada pengesahan dari pihak atasan pengeluar kopi yang sememangnya menjaga kualiti produk kopi ini yang telah menjadi salah satu punca ekonomi negara tersebut. Dengan aroma dan rasanya yang unik, tidak hairanlah kopi ini menjadi antara pilihan penggemar kopi seluruh dunia! 

Kopi Monyet Parchment 
dddDD Selepas kehadiran kopi Luwak yang menungguli carta kopi pelik yang mahal, ada satu lagi kopi yang agak pelik dan tidak diketahui ramai iaitu kopi Monyet Parchment yang boleh didapati di India. Ia terhasil selepas monyet tersebut memakan buah-buahan manis yang ada di pendalaman hutan dan meludahnya. Ketika itu pekerja yang datang ke kawasan mereka iaitu di Chickmagular untuk memasang lantai menjumpai ludahan monyet tersebut bersepah di tanah. Berasa sesuatu yang unik, mereka mengambil keputusan untuk mengumpul dan mengeringkan bahan tersebut lantas memanggang sehinggalah menjadi serbuk kopi. Rasa kopi yang lazat tetapi jelik ini sememangnya antara kopi yang anda harus cuba suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment