Setiap orang mengimpikan wajah yang licin dan bebas jerawat. Namun tidak semua dapat memilikinya kerana berdepan dengan masalah kulit. Bagaimana dengan masalah pori-pori wajah terbuka? Apakah punca dan cara untuk mengecilkan saiz pori-pori di wajah? Jom semak beberapa faktor utama pori-pori wajahmu terbuka.

Punca-punca:

1. Genetik
Masalah pori-pori wajah terbuka adalah disebabkan faktor genetik   keturunan. Genetik bukan sahaja akan mewariskan warna kulit, warna anak mata, malahan juga boleh mewariskan struktur pori-pori wajah seseorang itu.

2. Penuaan
Apabila seseorang itu semakin meningkat usia, secara semulajadi, penghasilan Elastin akan berkurang. Elastin ialah keanjalan kulit untuk meregang dan kembali ke asal. Apabila elastin berkurangan, ia menyebabkan kulit mengendur dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

3. Cahaya Matahari
Wajah yang sering terdedah dengan radiasi ultraviolet cahaya matahari boleh menyebabkan kerosakan Elastin wajah dan menjadikan pori-pori wajah terbuka.

4. Kebersihan
Sekirannya kamu tidak mencuci wajahmu dengan betul, pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat, dan menyebabkan pori-pori wajah kelihatan lebih besar.

Masker Mengecilkan Pori Wajah

Bahan-bahan
1 biji putih telur
1/2 sudu besar jus lemon
1/2 sudu teh cuka epal

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan-bahan. Biarkan di wajah sehingga 5 - 7 minit. Setelah itu bilas wajahmu dengan air suam dan keringkan wajah dengan tuala bersih. Untuk kesan yang lebih baik, sapukan produk yang mengandungi witch hazel ke wajahmu. Witch hazel ialah Astrigen yang dapat mencegah jerawat dan mengecilkan pori-pori wajah. Cubalah!

-remaja